Program Asnaf Berdikari kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS akan dikembangkan dengan penyertaan 100 peserta bagi setiap negeri menjelang tahun hadapan, berbanding hanya 10 tahun ini.

Program berkenaan menyasarkan asnaf terpilih, mampu memperoleh pendapatan RM100 sehari melalui bimbingan, kursus serta bantuan peralatan perniagaan yang diberikan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, kesemua peserta terdiri daripada golongan fakir yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam negeri.

Menerusi program tersebut, KEMAS akan membantu cara memasarkan produk, dan memantau perniagaan mereka selama 6 bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini