Program pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) fasa pertama secara rintis telah dilaksanakan meliputi 80 lokaliti seluruh negara melibatkan 3,000 isi rumah (KIR) miskin tegar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (EKONOMI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini, BMTKM telah memperakukan permohonan program bagi 26 lokaliti dengan kos RM6.7 juta

Jelas beliau, program dilaksanakan, adalah berbentuk aktiviti perjalanan pendapatan merangkumi bidang perniagaan dan pekerjaan. 

Beliau berkata demikian pada program pembasmian kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Bachok.

Terdahulu ketika ditemui media di Felda Kemahang Satu, Tanah Merah, Datuk Seri Mustapa memaklumkan, FELDA akan membentangkan kertas cadangan untuk membantu menangani krisis makanan.

Beliau berkata, langkah tersebut selaras hasrat kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama-sama membantu menangani krisis makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini