Meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan dalam kalangan golongan muda. Ke arah itu, Agrobank melancarkan semula Program Celik Wang dengan adaptasi norma baharu.

Program melibatkan 800 buah sekolah angkat Agrobank di seluruh negara melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, kepentingan menyimpan menjadi fokus utama program.

Bagi menggalakkan tabiat menyimpan juga, produk khas Simpanan Agro Muda-i diperkenal khusus bagi pelanggan berusia satu hari hingga 18 tahun. Terkini, bank merekodkan sejumlah 196,000 pelanggan kategori kanak-kanak dan remaja dengan deposit terkumpul bernilai RM175.15 juta. Beliau ditemui pemberita di Kota Damansara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini