Sistem pendawaian 114 premis termasuk rumah asnaf, pusat tahfiz, masjid dan surau berjaya ditambah baik sepanjang tahun ini menerusi  Touchpoint, iaitu program tahunan tanggungjawab sosial korporat , CSR Suruhanjaya Tenaga (ST).

Sebanyak RM225,000 diperuntukkan bagi program berkenaan.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan Dan Operasi Kawasan (ST), Mohd Elmi Anas,
program itu dilaksanakan berikutan masih banyak  premis dan kediaman yang menggunakan sistem pendawaian elektrik yang tidak mengikut spesifikasi Keselamatan.

Menerusi program Touchpoint ,  penambahbaikan dilakukan dengan menukar suis, soket serta pemeriksaan dan penggantian kelengkapan elektrik lama kepada cekap tenaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini