Kementerian Luar bercadang untuk memulakan program diplomasi budaya pertengahan tahun ini dengan penglibatan beberapa kedutaan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, bagi peringkat awal pihaknya mencadangkan penganjuran festival mini filem dan dokumentari bagi mempromosikan budaya tanah air di negara luar.

Perincian mengenai kandungan program diplomasi kebudayaan juga akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Pahang yang turut dihadiri Setiausaha Kebudayaan Kementerian Luar, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin turut bercadang mewujudkan jawatan ‘Atase’ kebudayaan di luar negara tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini