Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik yang diperkenalkan kerajaan tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggiat industri.

Justeru kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan program-program tersebut pada tahun hadapan bagi membantu golongan B40 dan M40 menceburkan diri dalam industri Francais.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sehingga kini, sebanyak 144 permohonan daripada francaisor dan potensi francaisi bernilai lebih RM22 juta telah diterima untuk diproses.

Sebanyak lapan francaisor dan 29  francaisi telah mendapat bantuan kerajaan menerusi program tersebut dengan peruntukan tahun semasa berjumlah RM4.5 juta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Anugerah  Francais Malaysia 2021 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini