Jabatan Penerangan memainkan peranan sebagai medium penyampai maklumat khususnya ketika orang ramai berhadapan dengan bencana banjir.

Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shanon Mohamed berkata, menerusi program Info on Wheels,  maklumat mengenai banjir, ramalan cuaca dan tip pasca banjir dapat dikongsikan pada masyarakat terutama yang berada di kawasan pedalaman. 

Ia bagi memastikan informasi tersebut sampai kepada golongan sasar dan boleh diaplikasi sebagai langkah awal keselamatan. Dalam pada itu, informasi dari agensi berkaitan seperti Jabatan Meteorologi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikongsikan menerusi platform media sosial JAPEN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini