Program Jaringan Prihatin dilanjutkan hingga 30 September sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Inisiatif diumumkan dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM1.5 bilion bertujuan membantu golongan B40 melalui subsidi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat layak menikmati manfaat di bawah program tersebut.

Beliau berkata demikian pada pembentangan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional, LAKSANA ke-66 secara maya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kementerian juga sedang giat melaksanakan sesi libat urus menjelang pembentangan Belanjawan 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini