Sempena Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan ke seluruh negara dalam usaha mempromosikan rancangan pembangunan ibu negara.
 
Ia termasuk menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan ekonomi serta pendidikan dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya angkat kepada rakyat.

Menterinya Dato Sri Dr Shahidan Kassim berkata, satu misi sedang direncana pihaknya bagi menjayakan cita cita berkenaan.
 
Oleh itu, kerjasama dari semua negeri amat diperlukan dalam mengumpulkan maklumat dan pandangan berhubung usaha itu berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas program Sambutan Keluarga Malaysia sempena jelajah Sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur di Arau, Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini