Bagi mengeratkan hubungan antara pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan komuniti setempat, pelbagai program secara bersama boleh dilasanakan.

Ini bagi membolehkan JPKK memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti setempat dengan pemimpin negeri terutama dalam menyampaikan aspirasi kerajaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Wang Ulu, Mohd rodzi Nayan, pelbagai program telah dan bakal dilaksanakan termasuk pertandingan memancing selepas musim menuai, sukan serta aktiviti
kemasyarakatan.  

Setiap program membolehkan komuniti setempat mendapat maklumat yang tepat khususnya daripada kepimpinan kerajaan. Beliau memaklumkannya pada Program Memancing Bersama Komuniti Kampung Wang Ulu, Bintong, yang dirasmikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini