Kursus Peningkatan Profesionalisme Kepimpinan Mydesa Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKKOA) akan digerakkan ke seluruh negeri.

Program Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu bertujuan melahirkan Tok Batin yang lebih berinformasi, berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti tinggi.

Menurut Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, elaun RM900 sebulan akan diberikan kepada Tok Batin dan Pengerusi JPKKOA sebagai imbuhan khidmat demi menjaga kebajikan dan keharmonian masyarakat Orang Asli.

Kursus itu mampu membantu mereka menjadi pengantara di peringkat akar umbi menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak berkuasa dan kerajaan sekali gus menggerakkan nadi pembangunan masyarakat Orang Asli.

Pihak KPLB menerusi JAKOA akan terus menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli melalui pendidikan, ekonomi, dan peningkatan kemahiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini