Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis merekod nilai jualan melebihi RM460,000.

Ia hasil penganjuran 46 program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah FAMA Negeri, Fakrul Hayat  Abdullah, JTDL membantu petani, penternak dan nelayan memasarkan setiap barangan secara terus kepada pembeli tanpa orang tengah.

Beliau ditemui pada Program JTDL di perkarangan Agrobazaar FAMA Taman Sena Indah, Kangar.
 
Konsep JTDL 5 hingga 9 malam selama dua hari memberi peluang kepada pengguna mendapat barangan segar selepas waktu pejabat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini