Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan hasil jualan RM54.55 juta dengan kehadiran 2.8 juta pengunjung seluruh negara. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sambutan baik masyarakat membuktikan peranan PJKM dalam meringankan beban rakyat.

Pihaknya juga menggalakkan pasaraya-pasaraya dalam negara, bersama membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat. Beliau berkata demikian ketika meninjau PJKM di sebuah pasaraya di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Datuk Rosol turut memberi jaminan, makanan asas seperti daging dan ayam, mencukupi setakat ini.

Seramai 2,000 pegawai KPDNHEP, dibantu persatuan pengguna dan pegawai pemantau harga menjalankan pemantauan berterusan di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini