Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Presint 9, Putrajaya hari ini tetap mendapat sambutan penduduk setempat walaupun keadaan cuaca kurang baik.

Hujan lebat yang turun di tapak PJKM sejak pukul 9 pagi tadi sedikit membantutkan kehadiran orang ramai di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, masih terdapat pengunjung yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian mereka dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Sementara itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang membuat walkabout di sekitar tapak jualan tersebut mencadangkan kekerapan penganjurannya ditingkatkan selain pemilihan tempat yang lebih strategik.

Selain Putrajaya, penganjuran PJKM dilasanakan serentak di 177 parlimen seluruh negara pada minggu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini