Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan hasil jualan 54.55 juta ringgit, dengan kehadiran 2.8 juta pengunjung seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, RM7.1 juta diperoleh di Johor, melibatkan anjuran program di 273 lokasi seluruh parlimen negeri, dengan catatan 286,000 pengunjung.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sambutan baik yang diterima keluarga Malaysia membuktikan peranan PJKM dalam meringankan beban rakyat.
Pihaknya juga menggalakkan pasar raya, mengikut jejak langkah program dalam membantu mengurangkan kos sara hidup.
Dalam pada itu, KPDNHEP turut memberi jaminan makanan asas seperti daging dan ayam mencukupi dalam negara.
2,000 pegawai dibantu persatuan pengguna dan pegawai pemantau harga menjalankan pemantauan berterusan.
Utama Edisi Semasa