Kerajaan melaksanakan beberapa langkah jangka masa pendek untuk melindungi kehidupan dan punca pendapatan serta kesan pandemik COVID-19 kepada semua lapisan masyarakat termasuk B40. 

Selain itu, pelbagai pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian, jaminan makanan dan komoditi, akan diteruskan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 billion.

Bagi tempoh jangka panjang, dalam Rancangan Malaysia Ke 12, RMKe-12, kerajaan juga akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan juga kuasa beli serta kesejahteraan terutamanya isi rumah di bandar dan luar bandar.

Kerajaan percaya srategi dan inisiatif di atas terutamanya melalui program kebajikan produktif dapat meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bantuan tunai dari kerajaan.

Jawapan merujuk pertanyaan ahli parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini