Lebih 300 peserta menyertai Program Keluarga Malaysia #QuranHour di KLCC. Mengangkat tema “Masuk Syurga Sekeluarga”, penganjuran program menjadi pembuka tirai hari kedua Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Program Keluarga Malaysia #QuranHour menampilkan lima pentadabbur dan enam qari serta diketuai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program bertujuan mengajak orang ramai untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan seterusnya melahirkan keluarga muslim Malaysia yang menjadi model kepada keluarga lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini