Program kesedaran mengenai bahaya dadah perlu lebih giat dilaksana oleh pelbagai agensi bagi membasmi aktiviti penagihan dalam kalangan pelajar sekolah.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, pendedahan mengenainya dari peringkat akar umbi penting untuk mewujudkan generasi muda bebas daripada belenggu dadah.

Malah, saringan urin kepada pelajar juga perlu dilakukan secara rawak dan kerap supaya intervensi awal dapat dilakukan sebelum mereka menjadi penagih
tegar. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) di Muzium Penjara Malaysia , Banda Hilir.

Tambah beliau, berdasarkan rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka
bagi tahun 2017 hingga 2020, seramai 92 pelajar sekolah di kesan positif
dadah melalui saringan urin yang dilakukan di 79 buah sekolah sekitar negeri itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini