Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang terhenti akan diaktifkan semula bermula Ahad ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia akan dijadikan program simulasi sesuai dengan SOP baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DBKL memaklumkan program akan menggunakan laluan sepanjang tujuh kilometer sekitar ibu kota.

Antara jalan yang terlibat adalah Jalan Raja, Jalan P Ramlee, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan antaranya aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal selama dua jam mulai 7 pagi hingga 9 pagi.

DBKL menjangkakan KLCFM dapat dilaksanakan secara penuh pada Januari depan dengan pelbagai acara sampingan yang mampu menarik penyertaan dan lebih ramai penaja.

Penyertaan hanya dikhususkan kepada individu yang telah lengkap vaksinasi  dan melepasi tempoh 14 hari serta wajib membuat prapendaftaran.

Mereka yang ingin menyertai KLCFM boleh layari laman sesawang KL Car Free Morning dan DBKL serta laman Facebook KL Car Free Morning dan DBKL yang telah dibuka sejak 2 November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini