Program latihan dan peningkatan kemahiran yang diumumkan kerajaan bagi menjana dan mengekalkan pekerjaan perlu seiring dengan ilmu pendigitalan.

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan & Pengurusan UCSI University, Prof. Madya Dr.  Pek Chuen Khee, ini termasuk teknologi, peranti dan talian internet yang baik khususnya bagi golongan luar bandar.

Selain itu, pihak berkaitan yang memberi latihan dan peningkatan kemahiran perlu melakukan libat urus bagi memastikan keberkesanan program latihan yang dijalankan.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Bajet 2022 ini turut menyasarkan 220 ribu pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan 1.1 bilion ringgit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini