Rakyat akan mendapat barangan keperluan harian dengan harga lebih murah menerusi Program Melaka Agro Market.

Menerusinya, petani memasarkan barangan mereka terus kepada pengguna tanpa khidmat orang tengah, sekaligus membantu mengurangkan harga barangan di pasaran.

EXCO Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata programĀ itu diadakan di 50 lokasi strategik di sekitar Melaka.

Walaupun berskala kecil, ia memberi kesan besar kepada pengguna dari segi mengurangkan kos sara hidup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini