Kesemua 75 calon dan pemenang anugerah anjuran Majlis Belia Negeri (MBN) Terengganu 2021, akan dijadikan Mentor kepada rakan seusia mereka. Ini sebagai usaha meningkatkan daya kecemerlangan dan semangat golongan belia, bermula dari peringkat akar umbi.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, kumpulan berkenaan akan terlibat dengan pelbagai program mengikut zon dan daerah masing-masing pada tahun depan.

Sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada MBN bagi melaksanakan pelbagai program untuk golongan belia negeri berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini