Kementerian Dalam Negeri, melalui Jabatan Pendaftaran Negara, JPN mengambil langkah proaktif agar urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu berkelayakan dapat dilaksana dengan mudah di seluruh negara.

Ini termasuk di kawasan pedalaman melalui Program Menyemai Kasih Rakyat, MEKAR.

Jelas Timbalan Menterinya, Jonathan Yasin, ia merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan Bas Mobile.

Menjawab pertanyaan wakil Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berhubung isu Orang Asli yang masih tiada dokumen pengenalan diri, jelas Jonathan semua kelahiran kanak-kanak di Malaysia termasuk anak pasangan Orang Asli perlu didaftarkan dan dikeluarkan dokumen Sijil Kelahiran. 

Manakala semua kanak-kanak Orang Asli yang mencapai umur 12 tahun perlu memohon kad pengenalan berdasarkan sijil kelahiran tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini