Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia akan dilaksana bermula tahun hadapan. Ia merupakan platform perintis pembangunan dan pengkomersialan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan sektor domestik dan industri, serta penyelesaian mudah alih.

Demikian dinyatakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba. Menurunya, program itu akan dilaksanakan selama dua tahun bagi mengumpul cadangan untuk mengatasi isu strategik nasional.

Antaranya, pengurangan penggunaan bahan bakar, dan teknologi tenaga lestari. Menerusi program NESTI, kerajaan menjangkakan akan melahirkan 6 ribu peluang pekerjaan bernilai tinggi, dalam tempoh 3 tahun. Selain menggalakkan pembangunan usahawan baharu dalam industri tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini