Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) berharap program pembangunan di peringkat akar umbi turut diberikan perhatian selain Program Podium.

Presidennya, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah akui program pembangunan penting untuk mendapatkan ‘baseline’ atlet yang besar.

Beliau turut berharap Persatuan Sukan Kebangsaan dapat melaksanakan pencarian bakat baharu yang lebih sistematik dan berkualiti.

Dalam masa sama, Zarrawi turut berharap agar Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan persatuan sukan kebangsaan dilibatkan secara langsung dalam proses penjenamaan semula program Podium.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan bahawa Program Podium 2022 diteruskan hingga 2025.

Ia susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan peruntukkan RM240 juta bagi program berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini