Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) memasuki fasa baharu selepas era pandemik dengan memfokuskan kepada meningkatkan kualiti dan jumlah kejohanan berbanding sesi latihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Konfederasi Hoki Malaysia, MHC, Prof Datuk Dr S Shamala berkata, peralihan fasa itu bertujuan memupuk semangat untuk bertanding dan bersaing di peringkat akar umbi.

Selain itu, objektif lain NHDP ialah untuk menjadi salah satu platform pencarian bakat-bakat baharu sebelum dapat diketengahkan di peringkat kebangsaan.

Terdahulu, Datuk Seri Subahan bersama Datuk S. Shamala, turun padang menyaksikan perlawanan akhir Karnival Hoki Program NHDP Kebangsaan B-17 Lelaki di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan tersebut menyaksikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, SSTMI muncul juara dengan menewaskan Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang Temerloh dengan 6-0.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini