Pembangunan industri padi luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan melibatkan 19 projek kelompok padi dengan penglibatan seramai 3,728 orang petani dengan keluasan 3,918.56 hektar.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk tujuan ini meliputi Projek Padi Pintar, Projek Padi Organik dan Ladang Benih Padi.

Projek padi pintar melibatkan 3 projek dengan penerapan teknologi IR 4.0 bertujuan mentransformasikan kecekapan pengurusan ke arah meningkatkan potensi hasil padi 8 tan sehektar.

Dua projek padi pintar telah dilaksanakan tahun ini di kawasan Panggas Besar seluas 164 hektar melibatkan seramai 157 orang pesawah terlibat manakala satu lagi di Titi Tinggi Hilir dengan keluasan 106.62 hektar dan melibatkan 78 orang pesawah.

Manakala Projek Padi Organik melibatkan kawasan di Kampung Wang Kelian yang mampu mengeluarkan beras organik secara komersial bermula pada tahun ini dan dijangka akan mendapat persijilan myOrganic pada tahun 2023.

Satu lagi ialah Ladang Benih Padiyang telah dikenalpasti melibatkan 3 kawasan iaitu Bintong seluas 50 hektar, Padang Siding 180 hektar dan Beseri 90 hektar, dengan keluasan eseluruhan adalah sebanyak 330 hektar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini