Seramai 200 pelajar tingkatan lima di 13 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur menikmati Kelas Tuisyen percuma di bawah Program Pembangunan Pendidikan PPR anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) .

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata Program Pembangunan Pendidikan PPR itu bermatlamat beri peluang pelajar B40 mendapatkan bimbingan serta pendedahan akademik.

Sebanyak empat buah tuisyen dibuka di PPR Laksamana, PPR Taman Wahyu, PPR Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

Setakat tahun ini, pelbagai program pendidikan telah disalur kepada komuniti PPR Wilayah Persekutuan membabitkan nilai keseluruhan RM99,800 dengan penerima manfaat 3,320 orang pelajar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini