Kerugian akibat bencana yang melanda 9 negeri sehingga 31 Januari lalu dianggarkan kira-kira RM11.68 juta.

Untuk itu, sebanyak RM5.6 juta diperuntukkan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) bagi membaik pulih infrastruktur penternakan yang terjejas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, 455 penternak berdaftar di Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan terlibat.
 
Bantuan termasuk sumbangan haiwan ternakan, membaiki kerosakan, bantuan makanan dan vitamin.
 
Ia antara peruntukan terbesar kerajaan dan berharap mampu meringankan beban penternak. 

Beliau menyeru penternak yang belum berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) agar berbuat demikian sebelum 28 Februari bagi memudahkan penternak mendapatkan bantuan.
 
Beliau ditemui selepas lawatan kerja di Ladang Penternak terjejas banjir di Kampung Pandan 2, Kuantan, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini