Agenda basmi kemiskinan tegar kekal menjadi keutamaan negara dan tidak akan terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.

Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Eddin Syazlee Shith, nota jemaah menteri mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

Bagi fasa pertama, 80 lokaliti dengan bilangan keluarga miskin teramai di seluruh negara telah dikenal pasti.

Jumlah lokaliti itu boleh berubah mengikut keperluan dan kesesuaian, selain tertakluk persetujuan jemaah menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program “Back To School” anjuran Uthmaniah Properties Development Sdn Bhd di Shah Alam.

Sementara itu katanya, program sedia ada bagi kelompok dan keluarga miskin lain di seluruh negara tetap diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini