Fasa pertama Program Pembasmian Miskin Tegar dijangka dilaksana mulai Mac tahun depan. Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia melibatkan 50 lokaliti miskin tegar di seluruh negara, yang akan dikenal pasti mulai Disember ini.

Pada Januari depan, program dan strategi akan dirangka berdasarkan keperluan mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing. Strategi dan program pembasmian kemiskinan tegar fasa pertama dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri, pada Februari.

Ketika menjawab pertanyaan wakil Tanjong Malim, Chang Lih Kang, Datuk Seri Mustapa turut memaklumkan, pelaksanaan program menggunakan pendekatan ‘keseluruhan negara’ akan dipantau setiap tiga bulan sekali. Ia bagi memastikan, langkah intervensi segera diambil jika pencapaiannya kurang memuaskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini