Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) negeri Selangor, melaksanakan pelbagai program pendigitalan dalam membantu perusahan kecil dan sederhana (PKS).
 
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perniagaan yang dijalankan turut memberi impak positif, sekali gus pulih daripada kesan ekonomi akibat pandemik global Covid-19. Katanya, beberapa kejayaan diperoleh Sidec tahun ini apabila  berjaya melaksanakan empat kempen E-Bazar seperti E-Bazar Raya 2020, E-Bazar 11.11 Mega Sales, E-Bazar CNY 2021 dan E-Bazar Raya 2021.

Tambahnya, kebanyakan peniaga menunjukkan peningkatan dalam hasil jualan sebanyak dua dan tiga kali ganda selepas menyertai kempen E-Bazar.

Beliau berucap ketika merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2021 (SDEC 2021) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Sidec yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Yong Kai Ping bersama Presiden CTDK Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini