Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan yakin mampu menjana sebanyak RM100,000 menerusi Program Promosi Kraf Malaysia 2021.

Pengarahnya Nor Azmi Ismail berkata, program dilaksanakan bagi memulih semula industri yang sepi sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Antara produk yang dijual sempena program yang berlangsung hingga 4 Disember depan adalah batik, gubahan bunga orkid dan perhiasan diri.

Selain itu melihat hasil tangan para peniaga, pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi kraf serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti mencanting dan mewarna batik dan seramik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini