Program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) akan diteruskan tahun depan dengan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembelian tersebut meliputi peralatan elektrik buatan tempatan atau yang dikilangkan di Malaysia dengan persijilan SIRIM atau setara dengannya.

Katanya, sehingga 30 September lepas, 1,157 pekedai dan peruncit di seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai program SAVE.

Manakala 90,835 pengguna telah memohon penebusan e-rebat berkenaan.

Datuk Seri Takiyuddin menambah, program SAVE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan kelengkapan elektrik.

Beliau bercakap kepada media selepas majlis Penganugerahan Product Safety Award (PSA) 2021 anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) di Putrajaya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu pengilang, pengimport dan anugerah khas institusi bertauliah ST dengan hadiah utama bernilai RM10,000.

Pengiktirafan bertujuan memastikan pemain industri mengeluar atau mengimport peralatan elektrik yang memenuhi ciri-ciri keselamatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini