Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang dilancarkan hari ini dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan.

Usahawan agro-makanan bakal ditawarkan skim mikro kredit oleh Agrobank menerusi pinjaman sehingga RM75,000 pada kadar kosong peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan. 

Manakala bagi perniagaan yang lebih matang, SME Bank akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0. 

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan merangka suatu pembiayaan bentuk baharu yang lebih anjal bagi meluaskan keupayaan memulihkan perniagaan bagi syarikat berdaya maju namun mempunyai kekangan mendapatkan dana baharu.
 
Bagi membantu syarikat yang berdepan masalah hutang yang tinggi pula, kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity turut tersedia.
 
Selain itu, skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadualkan dan distruktur semula dengan had jaminan bernilai RM22 bilion. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini