Bagi individu dan pihak-pihak yang prihatin, pelbagai bantuan dihulur dalam tempoh pasca-banjir.

Antaranya bantuan bekalan makanan, tenaga pembersihan dan  perkhidmatan baik
pulih barangan terjejas banjir yang diberikan secara percuma.
 
Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Kuantan, Program servis motosikal secara percuma ‘Kasi Hidup’ diadakan, bagi meringankan beban penduduk yang terjejas.

ADUN Inderapura, Datuk Sri Shafik Fauzan Sharif berkata,  air banjir yang naik secara mendadak minggu lalu, menyebabkan kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan kenderaan mereka. 

Pihaknya mengambil inisiatif mengadakan program itu dengan kerjasama sebuah bengkel motosikal, Bal Garage.

Bagi pemilik bengkel, Mohd Fakhrul Izzat Rosdi, 27 tahun, meskipun bengkel  miliknya turut ditenggelami banjir, beliau bersyukur masih dapat menyalurkan kemahirannya bagi membaiki motosikal penduduk yang dalam kesulitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini