Lebih 33,000 pelajar di Perak yang bakal menduduki peperiksaan akan menerima manfaat Program Smart G-Tuisyen dan Program Makanan Percuma.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi tujuan itu dana berjumlah RM3.45 juta diperuntukkan.

Inisiatif kerajaan negeri bersama beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi tumpuan dalam membantu pelajar dari golongan keluarga B40 dan M40.

Inisiatif itu secara tidak langsung turut membantu para pengusaha kantin dari segi pemberian tender penyediaan makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini