Program pembangunan belia dikenali Program Team dilaksanakan bagi membantu golongan itu secara bersasar bagi pembangunan diri.

Program sembilan minggu anjuran Selangor Youth Community dengan kerjasama Prince’s Trust International itu akan memperkasa belia menerusi Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan.

Program itu juga telah menobatkan Muhammad Harits sebagai ‘Regional Winner for Asia’ melalui Anugerah Global Prince’s Trust 2021.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mencemar duli ke Majlis Anugerah Program Team Malaysia 2021 di Sunway Resort Hotel and Spa, Petaling Jaya.

Kejayaan Harits mendapat pujian Tengku Amir Shah dan berharap Selangor Youth Community dapat membantu lebih ramai lagi anak muda dan mencipta berjaya pada masa hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini