Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan sentiasa membantu golongan wanita berdepan cabaran, terutamanya mereka yang telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Program Wanita Bangkit Berniaga yang dilancarkan pada september tahun lalu, kini telah berjaya membantu 17,586 wanita.

Menurut Datuk Seri Rina, program itu dibuat bagi membantu wanita menjana pendapatan, sekali gus mengukuhkan sistem sokongan ekonomi menerusi perniagaan.

Tambahnya, walaupun geran yang diberikan sebagai permulaan perniagaan hanya RM500 namun ramai pemohonnya terdiri daripada wanita bandar dan luar bandar, terutama yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Akademi Usahawan Wanita iaitu program yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Wanita Global.

Seramai 70 usahawan wanita menyertai program tersebut dan mereka akan didedahkan dengan program pembelajaran dalam talian, latihan kemahiran, bimbingan dan sokongan mentor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini