‘Program Warga PPR/PA Sentiasa di Hati’ akan diteruskan.

Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, walaupun kes COVID-19 meningkat, pihak penganjur sentiasa merujuk nasihat Pusat Penyelarasan dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan (CCMC).

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur bersama Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin, isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Program yang diilhamkan oleh Datin Seri Shamsiah, turut bersama dalam proses penyediaan makanan.

Sebanyak seribu bungkusan makanan diagihkan melalui program anjuran Rumah Prihatin @GrandSeasons dengan kerjasama pelbagai agensi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini