Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 bilion bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan pembangunan negeri Kelantan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata projek hidroelektrik itu bakal menyalurkan 300 megawatt yang akan meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di semenanjung Malaysia.

Projek Hidroelektrik Nenggiri secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035.

Bagi masyarakat Orang Asli, mereka berharap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual dan pembinaan penempatan baharu kepada mereka dapat dilakukan secepat mungkin. Projek Hidroelektrik Nenggiri dijangka beroperasi pada pertengahan 2027.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini