Projek Jambatan Batang Igan di Bahagian Mukah yang menghubungkan rangkaian jalan pesisir pantai di Sarawak yang kini dalam pembinaan, dijadual siap pada tahun 2024. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, projek bernilai RM285 juta itu dilaksana sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Datuk Sri Fadillah menerusi kenyataannya menjelaskan selain projek Jambatan Batang Igan, kerajaan negeri turut mengambilalih pembinaan dua lagi projek jambatan utama di Sarawak iaitu Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Rambungan.

Projek Jambatan Batang Igan telah diluluskan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 23 Februari 2016 setelah surat rayuan Menteri Kerja Raya bertarikh 24 November 2015 diluluskan oleh Perdana Menteri ketika itu.

Namun, pada awal tahun 2019, Kerajaan PH memutuskan untuk tidak meneruskan projek tiga jambatan di Sarawak iaitu Jambatan Batang Igan, Batang Lupar dan Rambungan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini