Projek jaringan jalan berkembar menuju ke bandar Limbang di dijangka akan siap penghujung bulan Mac tahun hadapan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail menjelaskan, projek tersebut dilaksana bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas di sekitar kawasan bandar selain memperbaharui landskap pembangunan daerah Limbang.

Projek yang dilaksanakan dibawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) itu menelan kos berjumlah RM20 juta.

Ia membabitkan kerja naiktaraf jalan dua hala kepada laluan empat hala ke bandar Limbang.

Datuk Dr Abdul Rahman memaklumkan selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek tersebut dan projek Tebingan Sungai Limbang fasa dua di Limbang.

Tambah beliau, projek-projek pembangunan lain termasuk projek tebingan sungai, projek Muzium, projek jejantas penghubung tebingan sungai dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun 2023 dan 2024.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini