Aspek keselamatan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak, sentiasa diambil berat Kementerian Kerja Raya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, bagi aduan insiden kemalangan yang berlaku di sepanjang jajaran Projek LPB Sarawak, Kementerian Kerja Raya telah mengadakan pemeriksaan dan mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan khususnya aspek Pelan Pengurusan Trafik, TMP dan Audit Keselamatan Jalan, RSA di sepanjang jajaran. 

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi prosedur-prosedur keselamatan yang telah dinyatakan, Arahan Pemberhentian Kerja akan dikeluarkan terhadap kontraktor terlibat.

Jabatan Kerja Raya, JKR Negeri Sarawak selaku Pegawai Penguasa turut akan menggiatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi, kualiti dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini