RM 877 juta diperuntukkan bagi Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerja-kerja pembinaannya dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada Oktober 2024.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Lebuhraya berkenaan di Dataran Tamu Pekan Kota, Kinabatangan.

Tambahnya, skop pembinaan itu akan melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu dan satu persimpangan bertingkat. Secara keseluruhan Projek Pan Borneo melibatkan 35 pakej bagi pembinaan lebuh raya sepanjang 706 kilometer.       

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini