Projek Menaik taraf Loji Rawatan Air, LRA Jenun Baru di Daerah Pendang, Kedah, lancar.
 
Kerajaan Negeri turut memberi jaminan beberapa isu seperti pengambilan tanah dan permit mengeluarkan tanah akan diselesaikan segera sekaligus memastikan isu bekalan air dapat diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Raya, Sumber dan Bekalan Air, Tenaga, Pengairan dan Saliran Negeri, Datuk Suraya Yaacob menjelaskan, ketika ini kerja-kerja di tapak projek LRA giat dilakukan pihak kontraktor.

Beliau bercakap kepada RTM selepas melakukan lawatan kerja ke LRA Jenun Baru di Pendang, pagi tadi.
 
Mengikut perancangan, Projek Menaiktaraf L-R-A Jenun Baru bernilai RM158 juta , bermula 6 Jun 2021 dan dijangka siap Disember 2023.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini