Projek pembinaan bangunan baharu Hospital Dungun, di Terengganu telah mencapai kemajuan sebanyak 98.2 peratus dan sedia beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh, Hospital berkenaan akan diserah sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 28 Januari tahun depan.

Pembinaan bangunan baharu itu bermula pada 2016 dan sepatutnya siap Februari 2019 namun tertangguh ekoran beberapa faktor termasuk perubahan reka bentuk dan spesifikasi ditetapkan KKM.
 
Tambah Dr. Mamad, kelewatan projek berkenaan terus berlanjutan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu sekali gus memberi kesan kepada pembinaannya.

Bangunan baharu Hospital Dungun dilengkapi dengan 110 katil dengan 10 kepakaran antaranya kecemasan, perubatan, pediatrik serta patologi. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini