Fasa dua Projek Pembinaan Lebuhraya Borneo Sarawak dari laluan Pujut hingga ke Lawas, akan diteruskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu ia merupakan komitmen kerajaan persekutuan, menerusi Kementerian Kerja Raya dengan kerajaan negeri.

Dato Sri Ismail Sabri menjelaskan projek fasa dua ini termasuk projek yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional namun dibatalkan semasa di bawah Pakatan Harapan. Oleh itu, hubungan rapat di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan adalah penting bagi memudahkan kesemua perancangan projek tersebut dilaksanakan.

Dato Sri Ismail Sabri berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja 03 di Serian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini