Lembaga Diraja Kota Mekah melancarkan perkhidmatan percubaan projek bas Mekah yang menghubungkan Stesen Kereta Api Al-Haramain dan Stesen bas Jabal Omar berhampiran Masjidil Haram. Projek itu dilancarkan Isnin lalu di Pusat Pengangkutan Bersepadu.

Jurucakap rasmi projek pengangkutan Lembaga Diraja Kota Mekah, Dr. Rayan Al-Hazmi berkata Pusat Pengangkutan Bersepadu tersebut turut dilaksanakan di bawah lembaga diraja itu dan akan melancarkan 12 laluan berbeza meliputi seluruh Mekah.

Terdapat lebih 450 hentian bas melibatkan jalan utama dan jalan kecil di Mekah. Juga terdapat 400 bas merangkumi 240 bas biasa berkapasiti 85 penumpang dan 160 bas artikulasi berkapasiti 125 penumpang.

Beliau menambah, untuk menjamin keselamatan jemaah, terdapat empat stesen utama disediakan untuk mengangkut jemaah pergi dan balik dari Masjidil Haram.

Pusat Pengangkutan Bersepadu Mekah berperanan menyelia keseluruhan operasi dan aktiviti sektor pengangkutan di Kota Mekah, termasuk rangka kerja asas untuk tadbir dan urus sistem pengangkutan selain berusaha mencapai objektifnya meningkatkan kemudahan khidmat pengangkutan untuk penduduk dan pelawat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini