Setelah hampir tiga puluh tahun berdepan dengan masalah hakisan dan muara yang cetek, lebih 600 keluarga nelayan dan penduduk di Kuala Paka, Dungun, Terengganu kini sudah boleh menarik nafas lega.

Ini kerana projek pemuliharaan muara Sungai Paka yang sedang dalam proses pembinaan, dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Projek yang membabitkan kos 132 juta ringgit itu telah dimulakan tahun 2019 dan pembinaannya kini mencapai 85 peratus dengan dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun 2022.
 
Pengarah Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Zainalfikry Daud berkata, projek berkenaan bertujuan mengawal hakisan pantai, mendapan di muara dan juga mencegah banjir di kawasan yang sering berlaku pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.

Projek yang diusahakan Vista Infinity Development Sdn Bhd itu turut merangkumi kerja-kerja mendalam muara sungai, sekali gus dapat menyelesaikan masalah muara cetek terutama ketika air surut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini